Sekolah kebangsaan taman bukit rambai 75250 melak
Perancangan
tahunan badan
pengawas 2015
PERANCAGAN
BADAN PENGAWAS
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT RAMBAI , MELAKA
SESI 2015
PENGENALAN
Pengurusan disiplin pelajar di sekolah merupakan
aspek yang sangat penting kerana disiplin yang baik akan dapat mewujudkan
suasana yang kondusif bagi proses P&P yang positif . Pengurusan dan
pemupukan disiplin akan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berdisiplin ,
bertoleransi , harmonis dan mengamalkan nilai-nilai murni . Disiplin merupakan
suatu peraturan yang secara langsung mengawal tingkah laku murid-murid melalui
hukuman dan ganjaran . Disiplin atau peraturan sekolah perlu dipatuhi dan
diikuti oleh setiap anggota masyarakat sekolah termasuklah guru-guru dan staf
sokongan .
MATLAMAT
·
Membendung gejala negatif , melahirkan
pemimpin yang berketerampilan dan mewujudkan iklim sekolah selamat .
·
Menjaga kebajikan dan memupuk semangat
kekitaan di samping menyelaras program pembangunan murid berfokuskan sekolah
bagi memperkembangkan potensi individu seiring dengan falsafah Pendidikan
Negara .
·
Mempertingkat dan mengemaskini Sistem
Disiplin Murid (SSDM) bagi mendapatkan maklumat yang tepat bagi membantu
pengurusan menagani disiplin yang lebih teratur dan efektif .
·
Melahirkan warga sekolah yang
berdisiplin , berakhlak mulia , cemerlang , gemilang dan terbilang dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum .
OBJEKTIF
·
Membentuk , menjana dan melahirkan
warganegara yang bertanggungjawab yang , komited dan mengamalkan nilai-nilai
murni .
·
Memastikan setiap warga sekolah memahami
dan mematuhi peraturan sekolah .
·
Memastikan pengagihan kuasa pelaksanaan
kawalan tatatertib kepada AJK dan pengawas berfungsi ,telus dan berjalan lancer
.
·
Menigkatkan kebersanan perancangan dan
pengurusan disiplin kea rah P&P dan proses perkembangan murid yang lebih
efektif dan positif .
·
Mengkat kan kehadiran murid ke sekolah
bagi mencapai sasaran kempen ponteng sifar dan “zero defect”
STRATEGI
·
Membentuk jawatankuasa yang melaksanakan
dasar dan peraturan sekolah serta menangani kes-kes disiplin sekolah
·
Mengukuhkan struktur , system organisasi
dan pentadbiran sekolah .
·
Menegaskan kepentingan perhubungan yang
harmonis di kalangan semua pihak bagi melahirkan norma-norma dan nilai-nilai
positif .
·
Mengukuhkan disiplin melalui proses
P&P dalam bilik darjah (JERI)
AKTIVITI
·
Penubuhan jawatankuasa dan mesyuarat
berkala “ad hoc”
·
Pemasyhuran dan Perlantikan Rasmi
Pengawas Disiplin SKTBR
·
Perjumpaan Pengawas , Agihan Tugasan dan
Kursus Kepimpinan Pengawas
·
Merancang dan melaksana Program / Kempen
/ Aktiviti yang melibatkan pengawas dan disiplin murid
·
Pemeriksaan mengejut secara berkala
·
Pemantauan berterusan dan pelaksanaan
hukuman / ganjaran yang konsisten
·
Penguatkuasaan peraturan dan panduan tatatertib
murid sekolah
·
Mengenalpasti murid bermasalah bagi
tujuan pemajuan , pengukuhan , bimbingan , pencegahan dan pemulihan
·
Bekerjasama dengan unit bimbingan dan
kaunseling dan PIBG
·
Menyediakan Fail Laporan Pengawas dan
Peti Aduan Disiplin .
SASARAN
·
AJK , semua guru dan staf sokongan
·
Para pengawas disiplin yang dilantik
·
Semua murid
No comments:
Post a Comment