Friday, February 6, 2015

PELAN STRATEGIK JAWATANKUASA BADAN PENGAWAS 2015-2020


CARTA GANT BADAN PENGAWAS SKTBR 2015


BADAN PENGAWAS TAHUN 2015



 

Sekolah kebangsaan taman bukit rambai 75250 melak
Perancangan
tahunan badan
pengawas 2015





PERANCAGAN BADAN PENGAWAS
 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT RAMBAI , MELAKA SESI 2015
PENGENALAN
Pengurusan disiplin pelajar di sekolah merupakan aspek yang sangat penting kerana disiplin yang baik akan dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi proses P&P yang positif . Pengurusan dan pemupukan disiplin akan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berdisiplin , bertoleransi , harmonis dan mengamalkan nilai-nilai murni . Disiplin merupakan suatu peraturan yang secara langsung mengawal tingkah laku murid-murid melalui hukuman dan ganjaran . Disiplin atau peraturan sekolah perlu dipatuhi dan diikuti oleh setiap anggota masyarakat sekolah termasuklah guru-guru dan staf sokongan .
MATLAMAT
·         Membendung gejala negatif , melahirkan pemimpin yang berketerampilan dan mewujudkan iklim sekolah selamat .
·         Menjaga kebajikan dan memupuk semangat kekitaan di samping menyelaras program pembangunan murid berfokuskan sekolah bagi memperkembangkan potensi individu seiring dengan falsafah Pendidikan Negara .
·         Mempertingkat dan mengemaskini Sistem Disiplin Murid (SSDM) bagi mendapatkan maklumat yang tepat bagi membantu pengurusan menagani disiplin yang lebih teratur dan efektif .
·         Melahirkan warga sekolah yang berdisiplin , berakhlak mulia , cemerlang , gemilang dan terbilang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum .
OBJEKTIF
·         Membentuk , menjana dan melahirkan warganegara yang bertanggungjawab yang , komited dan mengamalkan nilai-nilai murni .
·         Memastikan setiap warga sekolah memahami dan mematuhi peraturan sekolah .
·         Memastikan pengagihan kuasa pelaksanaan kawalan tatatertib kepada AJK dan pengawas berfungsi ,telus dan berjalan lancer .
·         Menigkatkan kebersanan perancangan dan pengurusan disiplin kea rah P&P dan proses perkembangan murid yang lebih efektif dan positif .
·         Mengkat kan kehadiran murid ke sekolah bagi mencapai sasaran kempen ponteng sifar dan “zero defect”




STRATEGI
·         Membentuk jawatankuasa yang melaksanakan dasar dan peraturan sekolah serta menangani kes-kes disiplin sekolah
·         Mengukuhkan struktur , system organisasi dan pentadbiran sekolah .
·         Menegaskan kepentingan perhubungan yang harmonis di kalangan semua pihak bagi melahirkan norma-norma dan nilai-nilai positif .
·         Mengukuhkan disiplin melalui proses P&P dalam bilik darjah (JERI)
AKTIVITI
·         Penubuhan jawatankuasa dan mesyuarat berkala “ad hoc”
·         Pemasyhuran dan Perlantikan Rasmi Pengawas Disiplin SKTBR
·         Perjumpaan Pengawas , Agihan Tugasan dan Kursus Kepimpinan Pengawas
·         Merancang dan melaksana Program / Kempen / Aktiviti yang melibatkan pengawas dan disiplin murid
·         Pemeriksaan mengejut secara berkala
·         Pemantauan berterusan dan pelaksanaan hukuman / ganjaran yang konsisten
·         Penguatkuasaan peraturan dan panduan tatatertib murid sekolah
·         Mengenalpasti murid bermasalah bagi tujuan pemajuan , pengukuhan , bimbingan , pencegahan dan pemulihan
·         Bekerjasama dengan unit bimbingan dan kaunseling dan PIBG
·         Menyediakan Fail Laporan Pengawas dan Peti Aduan Disiplin .
SASARAN
·         AJK , semua guru dan staf sokongan
·         Para pengawas disiplin yang dilantik

·         Semua murid