Saturday, March 8, 2014

PERATURAN PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT RAMBAI.


A.KEDATANGAN KE SEKOLAH
  • Berada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi.
  • Pulang pada jam  1.45 petang.
B.PAKAIAN
  • Memakai pakaian seragam pengawas pada setiap masa.
  • Sentiasa berpakaian kemas dan rapi
  • Memakai blazer pada hari perhimpunan pagi atau majlis-majlis tertentu
  • Memakai tanda nama dan lencana sekolah.
C.DISIPLIN
  • Pengawas mesti mematuhi peraturan pengawas dan peraturan sekolah pada setiap  masa.
  • Pengawas yang melanggar peraturan sekolah atau melakukan sesuatu  yang melanggar  disiplin   sekolah akan dipecatdaripada menjadi pengawas sekolah.
  • Pengawas perlu mematuhi arahan guru dan arahan ketua pengawas.
  • Pengawas perlu mematuhi Jadual Bertugas yang telah ditetapkan.
  • Merekod dan membuat laporan bertugas yang ditetapkan.
  • Mempunyai buku catatan masing-masing.
  • Mempunyai rekod disiplin yang bersih.
D.KECEMERLANGAN AKADEMIK
  • Pengawas hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi akademik  agar boleh menjadi  ikutan yang baik.
  • Menyiapkan apa-apa sahaja tugasan yang diberikan oleh guru.
  • Keaktifan pengawas dalam bidang kurikulum dan kokurikulum amat penting.
  • Sentiasa menjadi contoh yang terbaik kepada rakan-rakan sebaya, adik  dan  pelajar yang lain dalam segala bidang.


No comments:

Post a Comment